Sertai Kami di IKEBS!

INKUBATOR KEPIMPINAN BELIA SABAH (IKEBS) merupakan latihan pembentukan belia Sabah yang merangkumi 5 fokus utama seperti kepimpinan, kesukarelaan, politik, geran belia dan pengalaman antarabangsa yang akan berperanan membina kapasiti belia Sabah secara holistik.

Sertai pengembaraan IKEBS yang padat dengan cabaran, pengalaman dan aktiviti ini.

Program bimbingan eksklusif antara pemimpin Negeri Sabah bersama belia.

Persidangan rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Sabah.

Latihan komprehensif sukarelawan belia profesional.

Permohonan geran program pertubuhan belia.

Program pertukaran belia antarabangsa.